Artikel

Ranking FIFA: Malaysia Turun Satu Anak Tangga, Kini Di Kedudukan Ke-155

Kemaskini terbaru ranking Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyaksikan Malaysia mencatatkan penurunan, pada hari ini.

Menerusi kemaskini tersebut, Malaysia yang dibimbing oleh Tan Cheng Hoe turun satu anak tangga sekaligus menghuni tangga ke-155 dunia.

Penurunan ini juga disebabkan oleh kekalahan skuad Harimau Malaya dalam dua perlawanan antarabangsa menentang Jordan dan Uzbekistan baru-baru ini.

Sementara itu, Vietnam kekal satu-satunya pasukan dari rantau asia tenggara yang kekal dalam kelompok 100 pasukan terbaik dunia di kedudukan ke-95.

Sementara itu, 3 buah pasukan iaitu Thailand, Filipina dan Myanmar berada di atas Malaysia di kedudukan ke-122, ke-125 dan ke-146 dunia masing-masing.

Sebagai tambahan, kemaskini ranking FIFA yang seterusnya akan dilakukan pada 25 November 2021.

Featured Image: Football Association of Malaysia

komen