Artikel

Video: Kemajuan Pembinaan Veledrom Dungun Telah Mencapai 95% Siap

Perkembangan semasa projek pembinaan sebuah velodrom di Dungun, Terengganu oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menunjukkan ianya hampir siap.

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh pihak kontraktor, Serada Realty, setakat Oktober 2021, majoriti infrastruktur dan kemudahan yang dibina di situ telah mencapai peratusan sekurang-kurangnya 87% siap.

Antaranya, kemudahan tempat meletak kereta, blok sokongan serta velodrom itu sendiri. Manakala, pembinaan pondok pengawal dan rumah sampah pula telah siap sepenuhnya.

Menurut satu laporan media sebelum ini, projek yang bernilai RM11.8 juta ini dijangka siap sepenuhnya pada April 2022.

Setelah siap, velodrom ini bukan sahaja akan dijadikan tempat latihan tetapi turut disasarkan sebagai venue kejohanan berbasikal trek sekurang-kurangnya di peringkat kebangsaan.

Keseluruhan tapak pembinaan velodrom
Blok sokongan
Pondok pengawal

Anda boleh menonton video kemajuan semasa projek pembinaan velodrom DI SINI.

Featured Image: Serada Realty

komen