Written by 5:08 pm Antarabangsa, Malaysia, Trek

Kejohanan Berbasikal Trek Dunia: Shah Tersingkir Di Pusingan 1, Lavreysen Pertahan Kejuaraan Keirin

Perjalanan pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dalam acara keirin terhenti setakat pusingan pertama di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2021.

Pelumba berusia 25 tahun ini tidak dapat mara jauh dalam acara ini apabila menamatkan perlumbaan Pusingan 1 dalam Heat 1 di tempat keenam. Pada perlumbaan saringan ini, hanya dua pelumba terpantas sahaja yang layak ke Pusingan 2 secara automatik.

Keputusan perlumbaan pada aksi saringan pertama pada Pusingan 1
Keputusan perlumbaan pada aksi repechage pada Pusingan 1

Namun begitu, Shah mempunyai peluang untuk mara ke Pusingan 2 dengan tampil dalam perlumbaan repechage. Akan tetapi, rezeki tetap tidak menyebelahi Shah apabila dia menamatkan perlumbaan repechage tersebut di tempat ketiga menjadikan dia tersingkir daripada acara ini.

Jeffrey Hoogland (kiri), Harry Lavreysen (tengah) dan Mikhail Lakovlev (kanan).

Sementara itu, pelumba Belanda merangkap juara bertahan, Harry Lavreysen muncul juara bagi acara keirin setelah menamatkan perlumbaan akhir di tempat pertama, semalam.

Harry yang merupakan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 mempertahankan kejuaraan dengan mengatasi pencabar senegaranya, Jeffrey Hoogland di tempat kedua dan pelumba Rusia, Mikhail Lakovlev di tempat ketiga.

(Visited 142 times, 1 visits today)
Close