Written by 11:04 am MotoGP, Permotoran

RNF Racing Memperkenalkan Syarikat Itali, WithU Sebagai ‘Title Sponsor’

RNF Racing merupakan sebuah pasukan yang dijenamakan semula daripada Petronas Yamaha SRT. Diumumkan secara rasmi oleh pada bulan lalu, pasukan ini dipimpin oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sepang International Circuit (SIC) dan Prinsipal Petronas Yamaha SRT, Datuk Razlan Razali.

Menerusi satu perkembangan terbaru yang dimaklumkan oleh portal Motogp, pasukan RNF Racing telah memperkenalkan penaja utamanya (title sponsor). Sebuah syarikat tenaga berpangkalan di Itali, WithU diperkenalkan sebagai penaja utama mereka secara rasmi.

Artikel Berkaitan: Apa Maksud RNF? Ini Penjelasan Razlan Razali

Razlan Razali (kiri) dan Pengarah Urusan Yamaha, Lin Jarvis (kanan).

Pada masa yang sama, pasukan itu turut memaklumkan menandatangani perjanjian bersama Yamaha untuk membekalkan jentera YZF-M1 buat RNF Racing. Perjanjian yang ditandatangani adalah selama setahun – pada tahun 2022 – dengan pilihan lanjutan sehingga tahun 2023 dan 2024.

Perjanjian dengan pengeluar jentera dari Jepun ini turut menjadikan RNF Racing sebagai pasukan satelit buat Yamaha dalam Kejuaraan Dunia MotoGP. Selaras dengan makluman dua perkembangan baharu tersebut, pasukan ini akan dikenali dengan nama WithU Yamaha RNF Racing MotoGP Team.

Sebagai tambahan, dua pelumba akan menjadi taruhan pasukan ini untuk bersaingan dalam Kejuaraan Dunia MotoGP 2022 iaitu pelumba senior Andrea Dovizioso dan pelumba muda daripada saingan Moto3, Darryn Binder.

Featured Image: MotoGP

(Visited 68 times, 1 visits today)
Close