Written by 1:37 pm Badminton, Malaysia

Terbuka Denmark: Rekod Pertemuan Lee Zii Jia vs Pemenang Olimpik 2020, Viktor Axelsen

Kejohanan badminton Terbuka Denmark 2021 bakal menyaksikan satu pertembungan menarik pada peringkat suku akhir pada malam ini. Perlawanan tersebut menemukan jaguh badminton negara, Lee Zii Jia bersama pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Viktor Axelsen.

Zii Jia melangkah ke peringkat suku akhir dengan menumpaskan Wang Tzu Wei (ranking ke-10) dengan keputusan 12-21, 21-9 dan 21-18 pada pusingan pertama. 

Di pusingan kedua, Zii Jia tidak mempunyai masalah untuk menumpaskan pencabar senegara, Liew Daren (ranking ke-35) secara ‘straight set’ 21-11 dan 21-14.

Sementara itu, Viktor yang beraksi di negara kelahirannya sendiri mara ke suku akhir dengan menumpaskan pemain Singapura, Loh Kean Yew (21-19, 21-14) dan pemain India, Lakhsya Sen (21-15, 21-7) pada pusingan 1 dan 2 masing-masing.

Viktor Axelsen (kiri) dan Lee Zii Jia (kanan).

Berikut kami sajikan kepada anda rekod pertemuan melibatkan kedua-dua pemain ini di pentas antarabangsa:

Pertemuan 1

Kejohanan: All England Open Badminton Championships 2021

Tarikh: 21 Mac 2021

Peringkat: Perlawanan Akhir

Keputusan: 30-29, 20-22 dan 21-9 (Menang)

Pertemuan 2

Kejohanan: World Tour Finals 2020

Tarikh: 28 Januari 2021

Peringkat: Kumpulan A

Keputusan: 15-21 dan 4-21 (Kalah)

Pertemuan 3

Kejohanan: All England Open Badminton Championships 2020

Tarikh: 14 Mac 2020

Peringkat: Separuh Akhir

Keputusan: 21-17, 13-21 dan 19-21 (Kalah)

Pertemuan 4

Kejohanan: Korea Open 2019

Tarikh: 26 September 2019

Peringkat: Pusingan 2

Keputusan: 21-18 dan 21-16 (Menang)

Pertemuan 5

Kejohanan: Perodua Malaysia Masters 2019

Tarikh: 18 Januari 2019

Peringkat: Suku Akhir

Keputusan: 12-21 dan 20-22 (Kalah)

Rumusan

Berdasarkan rekod, Zii Jia dan Viktor telah bertemu sebanyak lima kali dengan pertemuan terakhir dimenangi oleh Zii Jia. Namun begitu, secara keseluruhan, rekod kemenangan lebih berpihak kepada Viktor yang merupakan pemain di ranking ke-2 dunia dengan meraih 3 kemenangan daripada lima pertemuan terbabit. Mampukah Zii Jia menyamakan rekod kemenangan pada pertemuan keenam mereka pada malam ini? Sama-sama kita nantikan.

(Visited 509 times, 4 visits today)
Close