Artikel

Terbuka Denmark: Sze Fei-Nur Izzuddin Mara Ke Separuh Akhir Selepas Menumpaskan Beregu No.7 Dunia

Pasangan beregu negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin berhasil mara ke peringkat separuh akhir Terbuka Denmark 2021 selepas menumpaskan beregu No.7 dunia, Fajar Alfian dan Rian Ardianto.

Tiket ke separuh akhir itu diraih oleh Sze Fei-Nur Izzuddin dengan menumpaskan beregu dari Indonesia itu secara ‘straight set’ iaitu 21-18 dan 21-17.

Pasangan yang menghuni tangga ke-26 dunia ini menantikan bakal pemenang perlawanan antara beregu Indonesia, Shohibul Fikri-Bagus Maulana dan Denmark, Kim Astrup-Anders Rasmussen di pentas separuh akhir yang akan berlangsung esok.

Untuk makluman semua, ini merupakan kemenangan pertama yang diraih oleh Sze Fei-Nur Izzuddin ke atas Fajar Alfian-Rian Ardianto dalam sejarah pertemuan mereka.

Sebelum ini, kedua-dua pasangan beregu ini telah bertemu sebanyak tiga kali dan ketiga-tiga perlawanan itu dimenangi oleh Fajar Alfian-Rian Ardianto.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

komen