Artikel

Rekod Pertemuan: Sze Fei-Nur Izzuddin Tak Pernah Menang Menentang Beregu Denmark, Kim Astrup-Anders Rasmussen

Pasangan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin berhasil mencipta kejutan dengan menumpaskan beregu yang berada di ranking ketujuh dunia, Fajar Alfian-Rian Ardianto untuk mara ke peringkat separuh akhir Terbuka Denmark 2021.

Menanti mereka di aksi separuh akhir adalah pasangan beregu yang menghuni ranking ke-11 dunia iaitu Kim Astrup-Anders Rasmussen. Beregu kelahiran Denmark ini berhasil lolos ke peringkat separuh akhir dengan menumpaskan Shohibul Fikri-Bagus Maulana.

Goh Sze Fei (kiri) dan Nur Izzuddin (kanan).

Bercakap mengenai rekod pertemuan, pasangan beregu negara yang menduduki ranking ke-26 dunia ini tidak pernah meraih sebarang kemenangan sepanjang bertemu Kim Astrup-Anders Rasmussen setakat ini.

Berdasarkan rekod, pertama kali kedua-dua beregu ini berentap di dalam gelanggang adalah pada tahun 2017 sementara kali terakhir mereka bertemu pula adalah bulan Mac pada tahun ini. Berikut adalah rekod pertemuan antara Sze Fei-Nur Izzuddin menentang Kim Astrup-Anders Rasmussen:

Pertemuan 1

Kejohanan: Swiss Open 2021

Tarikh: 3 Mac 2021

Peringkat: Pusingan 1

Keputusan: 22-20, 13-21 dan 13-21

Pertemuan 2

Kejohanan: India Open 2019

Tarikh: 28 Mac 2019

Peringkat: Pusingan 2

Keputusan: 14-21 dan 7-21

Pertemuan 3

Kejohanan: Bitburger Badminton Open 2017

Tarikh: 1 November 2017

Peringkat: Pusingan 1

Keputusan: 10-21 dan 13-21

komen