Written by 4:14 am Badminton, Malaysia

Terbuka Denmark: Pemenang Olimpik, Viktor Axelsen Ketepikan Zii Jia di Suku Akhir

Perjalanan jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dalam kejohanan Terbuka Denmark 2021 nampaknya berakhir di peringkat suku akhir sahaja.

Ini kerana Zii Jia yang menghuni ranking kelapan dunia terpaksa akur tumpas kepada pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Viktor Axelsen.

Tambahan pula, Viktor yang merupakan pemain kelahiran Denmark mendapat sokongan padu penyokong sendiri memandangkan kejohanan ini berlangsung di tanah airnya. Ia bagaikan tonik tambahan buat Viktor untuk mengetepikan Zii Jia secara ‘straight set’ dengan pungutan mata 21-19 dan 21-19.

Dengan mengatasi Zii Jia di peringkat suku akhir, Viktor berhasil mara ke saingan separuh akhir dan menantinya adalah pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu. 

Untuk makluman semua, kemenangan Viktor ke atas Zii Jia pada hari ini merupakan yang keempat daripada enam pertemuan mereka secara keseluruhan.

Featured Image: Badminton Photo / BAM

(Visited 659 times, 1 visits today)
Close