Artikel

Terbuka Czech: Gandingan Baharu Teoh Mei Xing-Anna Cheong Raih Kejuaraan Pertama

Pasangan beregu wanita yang baru sahaja digandingkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Teoh Mei Xing dan Anna Ching Yik Cheong berhasil meraih kejuaraan pertama mereka dalam saingan Terbuka Czech 2021.

Baca: BAM Buat Keputusan Pisahkan Regu Ke-68 Dunia Teoh Mei Xing-Yap Ling

Kedua-dua mereka yang digandingkan selepas daripada kejohanan Piala Uber 2020 berhasil muncul juara selepas menumpaskan pasangan beregu Indonesia, Febby Gani-Jesita Miantoro pada perlawanan akhir yang berlangsung hari ini.

Mei Xing-Anna Cheong meraih kemenangan dengan pungutan mata 21-15, 16-21 dan 21-17. Untuk makluman semua, pasangan beregu wanita Malaysia ini menempah tiket ke perlawanan akhir dengan menumpaskan beregu Rusia, Perancis, Norway dan India.

Sebagai tambahan, sebelum ini Mei Xing bergandingan bersama Yap Ling dan menghuni ranking ke-68 dunia. Manakala Anna Choeng pula bergandingan bersama Yap Cheng Yen dan berada di kedudukan ke-193 dunia.

Featured Image: BAM

komen