Artikel

Terbuka Denmark: Saingan Sengit Diberikan Sze Fei-Izzuddin Belum Cukup Untuk Menundukkan Beregu Tuan Rumah

Pasangan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin tidak dapat meneruskan kemaraan ke pentas akhir kejohanan Terbuka Denmark 2021 selepas tumpas kepada beregu tuan rumah, Kim Astrup-Anders Rasmussen.

Walaupun Sze Fei-Nur Izzuddin yang menduduki ranking ke-26 dunia telah memberikan tentangan yang cukup sengit selepas tumpas pada set pertama.

Namun, ianya masih tidak mencukupi untuk menundukkan beregu tuan rumah yang berada di ranking ke-11 dunia itu.

Saingan sengit yang diberikan itu dapat dilihat ketika mereka mengejar Kim Astrup-Anders Rasmussen pada set kedua dan ketiga,

Dalam perlawanan tersebut, Sze Fei-Nur Izzuddin tumpas dengan pungutan mata 11-21, 21-19 dan 18-21.

Bagaimanapun, pasangan beregu negara boleh berbangga dengan pencapaian mereka pada kali ini memandangkan ianya merupakan antara pencapaian terbaik pernah diraih mereka setakat ini.

Sebagai tambahan, Kim Astrup-Anders Rasmussen yang memenangi perlawanan ini akan turun menentang pasangan beregu Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi di pentas final.

Featured Image: Badminton Photo

komen