Artikel

Tiga Pelumba Remaja Raih Tiket ke FIM MiniGP Siri Dunia 2021

Seramai tiga orang pelumba remaja telah disahkan akan menyertai perlumbaan FIM MiniGP Siri Dunia 2021 yang akan berlangsung di Valencia, Sepanyol pada bulan hadapan.

Tiga pelumba bertuah tersebut ialah Farres Putra, Emil Idzhar dan Farish Hafiy yang muncul selaku juara, naib juara dan tempat ketiga secara keseluruhan dalam saingan FIM MiniGP Malaysia 2021 yang diadakan di Litar Kart Antarabangsa Sepang.

Farres muncul juara selepas mengumpul 135 mata daripada empat siri perlumbaan. Sementara itu, Emil dan Farish pula meraih 122 dan 120 mata masing-masing untuk menduduki tempat kedua dan ketiga.

FIM MiniGP Malaysia 2021: Peluang Pelumba Remaja Tempah Tiket ke Pentas Antarabangsa

Untuk makluman semua, kesemua pelumba yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini berusia antara 11 hingga 14 tahun. Manakala untuk jentera pula, kesemua mereka menunggang jentera keluaran Itali, Ohvale yang berkuasa 160cc.

FIM MiniGP Malaysia yang merupakan kejohanan pembangunan peringkat akar umbi yang dianjurkan bersama Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM), Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan ZK Racing Team.

Sebagai tambahan, ketiga-tiga pelumba remaja ini akan berlepas ke Valencia, Sepanyol pada 6 November kelak.

Featured Image: FIM MiniGP Malaysia

komen