Written by 3:44 pm Badminton, Malaysia

Ranking BWF: Tze Yong Hampiri Kelompok 70 Pemain Perseorangan Lelaki Terbaik Dunia

Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong yang berusia 21 tahun semakin menghampiri kelompok 70 pemain terbaik dunia menurut kemaskini terbaru ranking oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Menerusi kemaskini tersebut, Tze Yong yang muncul sebagai naib juara Terbuka Czech pada ahad lalu ditempatkan di kedudukan ke-74 dunia. Ianya merupakan peningkatan sebanyak lapan anak tangga berbanding kedudukannya pada minggu lalu.

Untuk pengetahuan semua, ini merupakan peningkatan yang keempat dicatatkannya hasil daripada penyertaannya dalam lima kejohanan sepanjang tahun 2021.

Leong Jun Hao

Sementara itu, seorang lagi pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao turut memperbaiki kedudukannya hasil daripada peningkatan dua anak tangga pada minggu ini. Jun Hao yang berusia 22 tahun kini menduduki ranking ke-118 dunia.

Akhir sekali, jaguh perseorangan lelaki negara pula iaitu Lee Zii Jia masih kekal di kedudukan kelapan dunia sepertimana sejak bulan Mac yang lalu.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

(Visited 692 times, 1 visits today)
Close