Written by 9:29 am Badminton, Malaysia

Terbuka Perancis: Sze Fei-Izzuddin Dikejutkan Beregu Bebas Malaysia Pada Pusingan 32

Pasangan beregu lelaki negara yang baru sahaja menduduki ranking ke-19 dunia, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin terpaksa pulang awal daripada kejohanan Terbuka Perancis 2021.

Hal ini kerana Sze Fei-Izzuddin terpaksa akur tumpas kepada pasangan beregu bebas (Independent Players) Malaysia, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi pada Pusingan 32 yang berlangsung pada malam tadi.

Ranking BWF: Semi-finalis Terbuka Denmark Sze Fei-Izzuddin Memasuki Kelompok 20 Beregu Terbaik Dunia

Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi

Perlawanan yang berlangsung dengan sengit itu menyaksikan Yew Sin-Ee Yi yang menghuni ranking ke-16 dunia memenangi perlawanan dengan pungutan mata 22-24, 22-20 dan 21-17.

Kejayaan pasangan beregu bebas Malaysia ini menumpaskan Sze Fei-Izzuddin membolehkan mereka mara ke Pusingan 16. Menanti mereka di pusingan tersebut adalah beregu England, Callum Hemming dan Steven Stallwood yang menduduki tangga ke-71 dunia.

Sebagai tambahan, sebelum ini, Sze Fei-Izzuddin yang berusia 24 dan 23 tahun masing-masing meraih perhatian ramai peminat sukan badminton tanah air apabila menjadi satu-satunya wakil Malaysia yang lolos ke peringkat separuh akhir Terbuka Denmark.

Sementara itu, perjalanan Yew Sin-Ee Yi pula terhenti di peringkat suku dalam kejohanan yang sama, pada minggu lalu.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

(Visited 644 times, 1 visits today)
Close