Artikel

Winter Soldier Raikan Kemenangan Atlet Tower Runner Malaysia ‘Panjat’ Empire State Building

Atlet Tower Runner Malaysia, Soh Wai Ching yang dijemput untuk menyertai Empire State Building Run-Up di New York, Amerika Syarikat berjaya muncul juara.

Acara larian yang dianjurkan oleh NYC Runs ini memerlukan setiap peserta berlari melepasi 1,576 anak tangga untuk sampai ke tingkat ke-86 bangunan tersebut.

Untuk makluman semua, Wai Ching muncul juara dengan menamatkan lariannya dalam masa 10 minit dan 40 saat.

Baca: Soh Wai Ching Tak Puas Hati Gagal Capai Sasaran Bawah 10 Minit

Tangkap layar daripada akaun Instagram Sebastian Stan

Bertambah manis, kemenangan atlet berusia 27 tahun ini turut diraikan oleh pelakon Marvel Cinematic Universe, Sebastian Stan sepertimana dikongsingkan oleh kedua-dua indvidu ini di akaun laman sosial masing-masing.

Sebastian Stan merupakan pelakon Romania-Amerika Syarikat yang terkenal dalam membawakan watak sebagai Bucky Barnes atau Winter Soldier. Antara filem-filem yang membabitkannya ialah Captain America, Ant-Man, Black Panther, Avengers dan terbaru, The Falcon and The Winter Soldier.

Sebagai peminat filem-filem terbitan Marvel, Wai Ching tidak dapat menyembunyikan keterujaannya apabila bertemu dengan Sebastian. Dia turut mengharapkan dapat bertemu dengan pelakon-pelakon Marvel yang lain di masa akan datang.

Sebagai tambahan, selepas daripada ini, Wai Ching akan menyertai dua lagi perlumbaan Tower Runner yang akan berlangsung Detroit dan Chicago pada 6 dan 7 November masing-masing di Amerika Syarikat.

Featured Image: Instagram @mastowerruner

komen