Artikel

Barcelona Ucap Terima Kasih & Selamat Maju Jaya Kepada Ronald Koeman

Kelab gergasi Sepanyol, FC Barcelona mengumumkan ‘memecat’ ketua jurulatihnya, Ronald Koeman menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, pada hari ini.

Difahamkan, presiden kelab terbabit, Joan Laporta telah memberitahu Koeman mengenai pemecatan tersebut selepas Barcelona tumpas 0-1 kepada Rayo Vallecano hasil jaringan Radamel Falcao, semalam.

Baca: Pernah Dikaitkan Dengan JDT, Falcao Pilih Kembali Ke Saingan La Liga Sertai Rayo Vallecano

Radamel Falcao

Sebelum itu, Barcelona yang dibimbing oleh jurulatih kelahiran Belanda ini mengalami kekalahan di tangan musuh tradisi, Real Madrid di halaman sendiri.

Secara keseluruhannya, daripada 10 perlawanan yang telah diharungi dalam saingan La Liga musim ini, skuad Blaugrana hanya meraih 4 kemenangan sambil merekodkan 3 seri dan 3 kekalahan. Hasilnya, mereka kini berada di tangga kesembilan dalam carta La Liga.

Menerusi kenyataan pemecatan yang dikeluarkan, pihak kelab menulis, “FC Barcelona mengucapkan terima kasih di atas khidmat yang diberikannya dan selamat maju jaya untuk kariernya.”

Sebagai rekod, Koeman dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan berpangkalan di wilayah Catalan ini pada Ogos 2020 dengan kontrak selama dua tahun iaitu sehingga Jun 2022.

Featured Image: Everton Football Club

komen