Written by 10:34 am Badminton, Malaysia

Pearly-Thinaah Menang Pusingan 1 Terbuka Perancis, Noktahkan Rekod 6 Kekalahan Berturut-Turut

Beregu wanita negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan boleh mengukir senyuman setelah menoktahkan rekod enam kekalahan berturut-turut apabila berhasil meraih kemenangan dalam perlawanan Pusingan 1 Terbuka Perancis.

Pasangan yang menduduki ranking ke-19 dunia ini berhasil meraih kemenangan tersebut dengan menumpaskan pasangan England, Jessica Hopton dan Jessica Pugh secara ‘straight set’ dengan keputusan 23-21 dan 21-10.

Kemenangan ini membolehkan Pearly-Thinaah mara ke Pusingan 2 berkutnya dalam kejohanan Super 750 Jelajah Dunia BWF ini. Menanti mereka adalah pasangan Indonesia yang menduduki ranking ke-34 dunia, Siti Fadia Silva Ramadhanti dan Ribka Sugiarto.

Untuk makluman semua, gandingan Pearly-Thinaah mengharungi satu episod yang agak suram – mengalami kekalahan dalam enam perlawanan – walaupun memberikan tentangan yang cukup baik dalam beberapa perlawanan.

Berdasarkan rekod, mereka mengalami kekalahan demi kekalahan bermula daripada peringkat suku akhir kejohanan All England Open diikuti empat kekalahan dalam saingan Piala Sudirman 2021. 

Terakhir dan agak mengecewakan, pasangan yang berusia 21 dan 23 tahun masing-masing ini tumpas pada perlawanan pembukaan kejohanan Terbuka Denmark kepada pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Greysia Polii-Apriyani Rahayu yang berlangsung pada minggu lalu.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

(Visited 20,323 times, 1 visits today)
Close