Written by 7:35 am Antarabangsa, Badminton, Malaysia

Terbuka Perancis: Zii Jia Tewas Mengejut di Tangan Pemain Ranking Ke-40 Kelahiran Pulau Pinang

Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terpaksa pulang awal daripada saingan Terbuka Perancis 2021 – sebuah kejohanan Super 750 Jelajah Dunia BWF.

Ini disebabkan Zii Jia tumpas ‘straight set’ 22-24 dan 14-21 kepada pemain Singapura yang berada di ranking ke-40 dunia, Loh Kean Yew pada Pusingan 32, malam tadi.

Berdasarkan rekod pertemuan, kedua-dua pemain telah bertemu sebanyak empat kali dan ini merupakan kali pertama Zii Jia tumpas kepada pemain berusia 24 tahun ini.

Loh Kean Yew

Untuk makluman semua, walaupun beraksi sebagai pemain Singapura, Kean Yew merupakan pemain kelahiran Pulau Pinang, Malaysia.

Bagaimanapun, pada usia 13 tahun, Kean Yew yang menerima biasiswa daripada Persatuan Badminton Singapura (SBA) telah memohon kerakyatan negara republik berkenaan.

Sebagai tambahan, tahun ini Kean Yew telah meraih satu kejuaraan iaitu Terbuka Belanda dengan menumpaskan pemain India, Lakshya Sen di perlawanan akhir.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

(Visited 11,789 times, 1 visits today)
Close