Written by 5:46 pm Lain-Lain

Bajet 2022: RM159 Juta Untuk Bina, Naik Taraf & Selenggara Kemudahan Sukan Seluruh Negara

Bajet 2022 yang dibentang oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz di Dewan Rakyat pada hari ini turut menyentuh berkenaan dana untuk kemudahan sukan di seluruh negara.

Di dalam pembentangan tersebut, beliau memaklumkan “bajet ini turut menyediakan RM159 juta bagi membina, menaik taraf dan menyelenggarakan kemudahan sukan di seluruh negara.

Baca: Stadium Baharu Kelantan Akan Mula Dibina Tahun Hadapan

Selain daripada itu, Tengku Zafrul turut menambah, “peruntukan ini antaranya untuk memulakan sebuah stadium di Bukit Merbau, Pasir Putih, Kelantan merangkumi pelbagai fasiliti sukan seperti gelanggang hoki, lapang sasar menembak dan pusat akuatik.”

Dijangka stadium yang akan dibina ini akan digunakan sebagai venue temasya Sukan Malaysia (SUKMA) apabila tiba giliran Negeri Kelantan menjadi tuan rumah kelak.

(Visited 105 times, 2 visits today)
Close