Written by 5:57 pm Lain-Lain

Bajet 2022: Sebanyak RM50 Juta Disediakan Untuk Anjur Fit Forever, Hari Sukan Negara

Pembentangan Bajet 2022 pada hari ini turut menyediakan dana bagi pembudayaan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz di dalam pembentangannya di Dewa Rakyat mengumumkan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi melaksanakan program seperti pembudayaan gaya hidup aktif, Fit Forever dan Penganjuran Hari Sukan.

Menurutnya, pembudayaan gaya hidup sihat ini bagi memastikan rakyat kembali aktif selaras pemulihan pasca-COVID 19.

(Visited 89 times, 1 visits today)
Close