Written by 3:31 pm Badminton, Malaysia

Cabaran Belgium: Beregu Wanita, Mei Xing-Anna Cheong Melangkah ke Suku Akhir

Pasangan beregu wanita negara, Teoh Mei Xing dan Anna Cheong yang menjuarai kejohanan Terbuka Czech baru-baru ini meneruskan rentak yang konsisten dalam kejohanan Cabaran Antarabangsa Belgium 2021.

Awal pagi tadi, Mei Xing-Anna Cheong berhasil menumpaskan beregu negara matahari terbit, Chisato Hoshi dan Aoi Matsuda yang berada di ranking ke-74 dunia untuk mara ke peringkat suku akhir.

Ranking BWF: Juara Terbuka Czech Mei Xing-Anna Cheong Raih Peningkatan 779 Anak Tangga

Pasangan yang mula bergandingan pada pertengahan bulan ini menumpaskan pasangan tersebut dengan pungutan mata 21-19, 14-21 dan 21-18.

Sementara itu, menanti mereka di peringkat suku akhir adalah beregu Scotland, Julie Macpherson dan Clara Torrance yang berada di ranking ke-46 dunia.

Dijangka perlawanan melibatkan kedua-dua pasangan ini akan berlangsung pada pertengahan malam ini berdasarkan aturan perlawanan yang telah dikeluarkan.

Untuk makluman semua, Mei Xing-Anna Cheong perlu berhati-hati menentang pasangan Scotland ini memandangkan mereka diletakkan sebagai pilihan kedua bagi kategori wanita beregu dalam kejohanan ini.

(Visited 4,634 times, 1 visits today)
Close