Written by 9:26 am Lain-Lain

SUKMA, Para SUKMA Johor Ditangguhkan ke Tahun 2024

Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA 2022 yang sepatutnya diadakan di Negeri Johor pada tahun hadapan ditangguhkan ke tahun 2024.

Perkembangan tersebut dimaklumkan menerusi satu kenyataan rasmi yang dikongsikan oleh akaun laman sosial KBSMalaysia selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia, semalam.

Ahmad Faizal

Dalam kenyataan yang sama, mesyuarat turut bersetuju agar Majlis Sukan Negara (MSN) menganjurkan SUKMA 2022 dan Para SUKMA 2022 di ibu negara, Kuala Lumpur. 

Tarikh penganjuran kedua-dua temasya berkenaan akan dicadangkan oleh pihak MSN untuk kelulusan Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia / Para SUKMA akan datang.

Seterusnya, pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengemukakan cadangan ini kepada Mesyuarat Jemaah Menteri untuk tujuan kelulusan pelaksanaan temasya ini.

Featured Image: SUKMA XX JOHOR 2020

(Visited 78 times, 1 visits today)
Close