Artikel

Terbuka Perancis: Dua Beregu ‘Independent’ Malaysia, Peng Soon-Liu Ying & Soon Huat-Shevon Lai Ke Suku Akhir

Dua pasangan beregu campuran bebas (independent players) Malaysia iaitu berhasil melepasi cabaran di Pusingan 2 sekaligus menempah tiket ke peringkat suku akhir Terbuka Perancis 2021 – Jelajah Dunia Super 750.

Dua pasangan beregu tersebut ialah Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying yang berjaya menumpaskan beregu Jepun, Yuki Kaneko-Misaki Matsumoto dengan ‘straight set’ 21-19 dan 21-14.

Peng Soon dan Liu Ying

Satu lagi pasangan bebas negara ialah Goh Soon Huat dan Shevon Jamie Lai yang mengatasi beregu Rusia, Rodion Alimov-Alina Davletova juga dengan ‘straight set’ iaitu 21-9 dan 21-13.

Sementara itu, menanti Peng Soon-Liu Ying yang merupakan beregu No.8 dunia adalah beregu Jepun yang menduduki ranking ke-4 dunia, Yuta Watanabe-Arisa Higashino.

Manakala beregu No.13 dunia, Soon Huat-Shevon Lai pula akan berhadapan dengan beregu dari negara jiran tetangga, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai yang menghuni ranking No.3 dunia.

Featured Image: Badminton Photo

komen