Written by 11:41 am Badminton, Malaysia

Terbuka Perancis: Yew Sin-Ee Yi Bakal Berhadapan ‘The Minions’ Di Suku Akhir

Beregu lelaki bebas (independent) Malaysia, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi bakal berhadapan beregu No.1 Dunia, Marcus Gideon dan Kevin Sukamuljo atau terkenal dengan julukan ‘The Minions’ di peringkat suku akhir Terbuka Perancis 2021.

Terdahulu, Yew Sin-Ee Yi menempah tiket ke peringkat suku akhir dengan menumpaskan beregu England, Callum Hemming dan Steven Stallwood secara ‘straight set’ 21-8 dan 21-8 pada Pusingan 2.

Kevin Sukamuljo (kiri) dan Marcus Gideon (kanan)

Sebelum itu, pasangan yang menghuni ranking ke-16 dunia ini menumpaskan beregu muda Malaysia, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin di Pusingan 1 dengan keputusan 22-24, 22-20 dan 21-17.

Berdasarkan rekod pertemuan, Yew Sin-Ee Yi pernah bertemu ‘The Minions’ sebanyak empat kali. Bagaimanapun, keempat-empat pertemuan belum pernah dimenangi oleh Yew Sin-Ee Yi sejak mereka bertemu kali pertama pada tahun 2017.

Soh Wooi Yik (kiri) dan Aaron Chia (kanan)

Sementara itu, satu lagi pasangan beregu lelaki Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut menempah tiket ke peringkat suku akhir dalam kejohanan yang sama.

Di peringkat suku akhir, beregu yang menghuni kedudukan ke-8 dunia merangkap pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 ini bakal berhadapan dengan beregu India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty yang menghuni ranking ke-11 dunia.

Kedua-dua perlawanan melibatkan pasangan beregu Malaysia ini dijangka akan berlangsung pada awal pagi esok.

(Visited 12,436 times, 1 visits today)
Close