Written by 2:07 pm Asia, Bola Sepak, Malaysia

Muncul Juara Kumpulan J, Harimau Muda Kembali Ke Pentas Piala Asia B-23

Setelah gagal ke saingan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) pada edisi lalu, skuad Malaysia B-22 yang dibimbing oleh Brad Maloney layak menyertai saingan tersebut yang akan berlangsung di Uzbekistan pada tahun hadapan.

Skuad yang mendapat julukan Harimau Muda layak ke pusingan akhir pentas asia ini setelah merekodkan keputusan seri tanpa jaringan menentang Thailand dalam perlawanan terakhir peringkat kelayakan pada hari ini.

Keputusan seri 0-0 itu sudah memadai untuk meletakkan skuad Harimau Muda selaku juara Kumpulan J yang turut membabitkan pasukan tuan rumah, Mongolia dan Laos.

Untuk makluman semua, kejohanan ini membabitkan 16 pasukan secara keseluruhan. Ianya dijadualkan berlangsung pada bulan Jun 2022.

Sebagai tambahan, pencapaian terbaik skuad Harimau Muda di pentas ini adalah pada edisi 2018. Ketika itu, pasukan yang dibimbing oleh Datuk Ong Kim Swee mara sehingga ke peringkat suku akhir.

Featured Image: Football Association of Malaysia

(Visited 1,799 times, 1 visits today)
Close