Written by 5:30 am Badminton, Malaysia

Ng Tze Yong Kalahkan Pemain India Untuk Rangkul Kejuaraan Belgian International 2021

Pemain muda perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, 21 tahun, berhasil menambah koleksi kejuaraan dalam karier badmintonnya selepas mengalahkan pemain India, Ajay Jayaram dalam satu perlawanan akhir, semalam.

Dalam perlawanan tersebut, Tze Yong berjaya merekodkan kemenangan secara ‘straight set’ ke atas Ajay dengan pungutan mata 21-14 dan 21-14 untuk dinobatkan selaku juara Belgian International 2021.

Sebelum itu, Tze Yong yang berada di ranking ke-74 dunia mara ke pentas perlawanan akhir dengan menumpaskan Yusuke Onodera (Jepun), Lucas Clearbout (Perancis), Ade Resky Dwicahyo (Azerbaijan) dan Victor Svendsen (Denmark).

Untuk makluman semua, ini merupakan kemenangan kedua yang diraih oleh Tze Yong pada tahun ini. Bulan Mac lalu, Tze Yong merangkul kejuaraan pertamanya iaitu Terbuka Poland.

Sebagai tambahan, dengan kemenangan yang diraih dalam kejohanan Belgian International ini, dijangka kedudukan Tze Yong dalam ranking dunia akan terus mencatatkan peningkatan pada kemaskini berikutnya pada minggu hadapan.

Featured Image: Badminton World Federation 

(Visited 483 times, 1 visits today)
Close