Written by 6:01 pm Badminton, Malaysia

Ranking BWF: Juara Cabaran Belgium Tze Yong Catat Lonjakan 6 Anak Tangga

Juara kejohanan Cabaran Antarabangsa Belgium 2021 dalam kategori perseorangan lelaki, Ng Tze terus mencatatkan peningkatan dalam kedudukan ranking dunia.

Menerusi satu kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini, pemain berusia 21 tahun ini melonjak enam anak tangga dalam kedudukan dunia.

Lonjakan itu memberikan Tze Yong menduduki tangga ke-68 dunia berbanding kedudukan ke-74 pada minggu lalu.

Sementara itu, kedudukan jaguh badminton negara, Lee Zii Jia kekal tidak berubah di tangga ke-8 dunia walaupun ditumpaskan pada pusingan awal di kejohanan Terbuka Perancis, baru-baru ini.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

(Visited 3,549 times, 1 visits today)
Close