Artikel

Ranking BWF: Semi-finalis Cabaran Belgium, Wei Chong-Kai Wun Tembusi Kelompok 100 Terbaik

Beregu badminton lelaki muda negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun berjaya menembusi kelompok ranking 100 terbaik dunia setelah mara ke peringkat separuh akhir Cabaran Antarabangsa Belgium 2021, minggu lalu.

Menerusi kemaskini ranking yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Wei Chong-Kai Wun kini menghuni ranking ke-93 dunia.

Kedudukan ke-93 itu merupakan lonjakan sebanyak sembilan anak tangga berbanding kedudukan mereka pada minggu lalu iaitu ke-102.

Untuk makluman semua, kedudukan ini merupakan yang terbaik pernah digapai oleh pasangan yang berusia 22 dan 21 tahun masing-masing ini.

Sementara itu, pasangan beregu lelaki bebas (independent players), Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi yang mara ke peringkat suku akhir Terbuka Perancis berhasil meningkatkan kedudukan mereka menduduki tangga ke-15 dunia.

Akhir sekali, pasangan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak merekodkan sebarang perubahan dan kekal di kedudukan ke-8 dunia buat masa ini.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

komen