Written by 6:59 am Badminton, Malaysia

Terbuka HYLO: Zii Jia Lepasi Cabaran Pusingan 1, Pemain Ireland Pencabar Seterusnya

Jaguh perseorangan badminton lelaki negara, Lee Zii Jia berhasil bermula dengan langkah kanan dengan melepasi cabaran pada Pusingan 1 dalam kejohanan Terbuka HYLO 2021, semalam.

Bagaimanapun, ianya bukanlah satu perlawanan yang mudah buat Zii Jia dalam perlawanan tersebut. Lawannya, Pablo Abian yang berada di ranking ke-52 dunia memberikan tentangan yang sengit serta mengheret Zii Jia ke perlawanan penentuan sebelum mara ke Pusingan 2.

Zii Jia yang merupakan pilihan kedua di kejohanan ini meraih kemenangan dengan pungutan mata 21-11, 21-23 dan 24-22.

Pablo Abian

Sementara itu, menanti Zii Jia di Pusingan 2 adalah pemain Ireland, Nhat Nguyen yang berusia 21 tahun dan berada di ranking ke-55 dunia. Nhat mara ke Pusingan 2 dengan menumpaskan pemain India, Prannoy Haseena Sunil Kumar yang berada di ranking ke-30.

Berdasarkan carian rekod pertemuan, Zii Jia dan Nhat belum lagi berentap sesama sendiri dalam mana-mana kejohanan sebelum ini.

Perlawanan peringkat Pusingan 2 akan berlangsung pada malam ini.

(Visited 120 times, 1 visits today)
Close