Written by 2:29 pm Lain-Lain

43 Pasukan Sertai Kejohanan Ragbi Terengganu Royal 7s – Juara Bakal Bawa Pulang RM10,000

Sebanyak 43 buah pasukan telah mengesahkan untuk menyertai kejohanan ragbi tujuh sebelah, Terengganu Royal 7s Piala Tengku Muhammad Ismail yang akan berlangsung bermula 12 hingga 14 November ini di Kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Daripada 43 pasukan tersebut, 16 daripadanya akan bersaing dalam kategori Terbuka Lelaki. Manakala 16 pasukan lagi akan beraksi dalam kategori Lelaki Bawah 22 Tahun (B-22) dan baki 11 pasukan pula mengambil bahagian bagi kategori Terbuka Wanita.

Bagi saingan terbuka lelaki, juara bagi kategori ini berpeluang untuk membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai bernilai RM10,000. 

Untuk kategori lelaki B-22 pula, pemenang akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM5,000.

Untuk makluman semua, beberapa pemain ini yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini juga terdiri daripada beberapa pemain berpengalaman yang mempunyai penampilan bersama skuad ragbi 7s kebangsaan Malaysia.

Featured Image: Terengganu Royal 7s

(Visited 732 times, 1 visits today)
Close