Written by 5:39 pm Badminton, Malaysia

Ranking BWF: ‘Quarter-Finalist’ Terbuka HYLO Kini Berada di Kedudukan Ke-45 Dunia

Kemaraan pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei ke peringkat suku akhir pada kejohanan Terbuka HYLO pada minggu lalu membolehkan mereka memperbaiki ranking mereka.

Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini, pasangan ini berhasil mencatatkan peningkat sebanyak empat anak tangga sekaligus membolehkan mereka menghuni tangga ke-45 dunia.

Sementara itu, pasangan beregu campuran Malaysia yang lain tidak merekodkan sebarang perubahan pada kedudukan ranking masing-masing.

Sebagai rekod, pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying masih mendahului di tangga ke-8 sambil diikuti oleh Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai di tangga ke-12 dan ke-13 masing.

Akhir sekali, beregu Hoo Pang Ron dan Cheah Yee See pula kekal di kedudukan ke-25 dunia.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

(Visited 674 times, 1 visits today)
Close