Written by 6:04 pm Bola Sepak, Lain-Lain, Malaysia

G-Shock x FAM Edisi Terhad Ke-2 Dilancarkan – Hanya Boleh Dibeli 680 Pemenang ‘Game’ G-Shock Penalty Kick Sahaja

Setelah jam tangan kolaborasi antara Casio G-Shock dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) edisi terhad yang pertama laris dijual, kedua-dua pihak mengumumkan melancarkan jam tangan kolaborasi edisi terhad yang kedua, pada hari ini.

Untuk makluman semua, edisi pertama lalu menggunakan model asas GA-2000-1A9 didatangi dengan warna tradisi Harimau Malaya iaitu hitam dan kuning serta diberikan ukiran logo Harimau Malaya.

Sebanyak 999 unit sahaja dikeluarkan dan diletakkan tanda harga RM579 seutas.

G-Shock x FAM Edisi Pertama

Namun, untuk edisi kedua, ianya menampilkan sedikit kelainan iaitu menggunakan model asas GA-900FAM-1A9 dan diberikan sentuhan jaluran Harimau Malaya. Selain itu, utas talinya pula dihiasi dengan cakaran harimau berwarna jingga.

G-Shock x FAM Edisi Kedua

Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan, jam tangan ini diletakkan tanda harga RM699 namun jualannya diterhadkan kepada 680 pemenang permainan dalam talian di laman sesawang, G-Shock Penalty Kick sahaja.

Tangkap layar laman sesawang G-Shock Penalty Kick
Demo permainan G-Shock Penalty Kick

Sesiapa yang berminat untuk membeli jam tangan ini dikehendaki bermain permainan di laman sesawang yang dinyatakan di atas bermula 10 November 2021 sehingga 11.59 malam pada 23 November 2021 serta menempatkan diri dalam kalangan 680 pemain terbaik.

Selepas daripada tamat tempoh permainan tersebut, pihak Casio akan menghubungi 680 pemenang tersebut untuk menawarkan slot pembelian jam tangan G-Shock x FAM edisi kedua ini.

Sebagai tambahan, setiap pembelian jam tangan ini akan menerima sebuah kotak khas yang mengandungi pin peringatan, pelitup muka fabrik, pelekat vinil, kain tampalan yang disulam dengan ukiran Harimau Malaya serta pin enamel.

Featured Image: Football Association of Malaysia

(Visited 1,980 times, 7 visits today)
Close