Written by 11:05 am Bola Sepak, Lain-Lain, Malaysia

Lapar, Dahaga Semasa Menonton Perlawanan di Stadium? Nantikan Pengumuman Baik Daripada KKM & MKN

Pada ketika ini, penyokong yang dibenarkan masuk ke dalam stadium untuk tidak dibenarkan makan mahupun minum sepanjang menonton mana-mana perlawanan sukan.

Larangan tersebut membuatkan penyokong, sebagai contoh yang turun menonton perlawanan bola sepak, terpaksa menahan lapar dan haus lebih daripada tempoh 90 minit di stadium.

Bagaimanapun, menurut laporan Berita Harian, perkara ini telah mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan ianya telah disampaikan kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Ahmad Faizal Azumu

“Beliau (Khairy) juga mendengar keluhan orang ramai ini dan Insya-Allah perkara ini akan dapat kita umumkan tidak berapa lama lagi.

“Tentunya ada berita baik buat penonton di stadium yang menyaksikan acara sukan. 

“Perkara ini akan diumumkan oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan MKN (Majlis Keselamatan Negara), tidak sesuai KBS (Kementerian Belia dan Sukan) yang umumkan kerana ia bukan bidang kuasa kami,” katanya seperti dipetik daripada portal akhbar terbabit.

Untuk makluman semua, penganjur saingan bola sepak tempatan iaitu Malaysian Football League (MFL) pada penghujung September lalu telah mengumumkan kebenaran kemasukan penonton dan penyokong ke stadium untuk menyaksikan saingan Piala Malaysia 2021.

Kebenaran tersebut dibenarkan dengan syarat penyokong dan penonton telah menerima vaksinasi lengkap, memakai pelitup muka sepanjang perlawanan serta tiada aktiviti makan dan minum sepanjang berada di stadium.

Featured Image: Malaysian Football League

(Visited 41 times, 1 visits today)
Close