Written by 11:48 am Bola Sepak, Malaysia

UiTM FC Iklan Pelbagai Kekosongan Barisan Kejurulatihan – Tarikh Akhir Hantar ‘Resume’ Pada 14 November

Pasukan yang berpangkalan di Shah Alam, UiTM FC mengumumkan membuka kekosongan pelbagai jawatan melibatkan barisan kejurulatihan, fisioterapi dan ‘kitman’ untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2022.

Perkara tersebut diuar-uarkan oleh UiTM FC menerusi pelbagai platform laman sosialnya semalam.

Antara kekosongan jawatan yang sedang dicari adalah ketua jurulatih, penolong ketua jurulatih, penolong jurulatih, jurulatih penjaga gol, jurulatih kecergasan, ahli fisioterapi dan ‘kitman’.

Kekosongan yang disebutkan itu melibatkan 3 buah pasukan iaitu skuad Liga Premier, skuad Piala Presiden dan skuad Piala Belia. 

Mana-mana individu yang berminat untuk bersama skuad yang mendapat julukan The Lions Troops boleh menghantar ‘resume’ berserta salinan sijil-sijil yang disahkan kepada emel, [email protected] sebelum jam 5 petang pada 14 November 2021.

Iklan penuh kekosongan perjawatan UiTM FC adalah seperti lampiran di bawah:

Featured Image: Malaysian Football League

(Visited 1,921 times, 1 visits today)
Close