Written by 10:56 am Bola Sepak, Malaysia

Penyegar Udara, Little Joe x Harimau Malaya Edisi Ke-2 Mula Dijual di Kedai Petronas

Pada penghujung Ogos lalu, jenama pewangi udara kenderaan berpangkalan di Switzerland, Little Joe mengumumkan jalinan kerjasama bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Susulan daripada kerjasama tersebut, syarikat yang terkenal dengan rekaan penyegar udara berbentuk tiga dimensi (3D) tanpa cecair pewangi bersama badan induk bola sepak tanah telah melancarkan penyegar udara edisi khas iaitu Little Joe x Harimau Malaya.

Menjelang kejohanan Piala AFF 2020 yang akan disertai oleh skuad Harimau Malaya pada awal bulan hadapan, syarikat ini bersama-sama FAM melancarkan penyegar udara khas edisi kedua terbaru dalam satu majlis pelancaran yang diadakan di Wisma FAM, semalam.

Menurut siaran media oleh FAM, penyegar udara Little Joe x Harimau Malaya edisi kedua ini akan dijual secara berperingkat di semua kedai Petronas. 

Selain itu, penyokong dan peminat skuad Harimau Malaya boleh juga mendapatkannya di pelbagai platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada serta stesen minyak BHP terpilih. Dijangka ianya turut memasuki Aeon Store, Aeon Big dan Al Ikhsan.

Majlis tersebut turut disusuli dengan majlis menandatangani perjanjian penajaan antara Little Joe dan FAM selepas ianya terpaksa ditunda ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dijalankan di seluruh negara sebelum ini.

Featured Image: Football Association of Malaysia

(Visited 32 times, 1 visits today)
Close