Written by 4:54 pm Badminton, Malaysia

Indonesia Masters: Dua Beregu Wanita Malaysia Bertembung Sesama Sendiri Di Pusingan 1

Hasrat peminat badminton tempatan untuk melihat seramai mungkin pemain-pemain Malaysia untuk mara jauh dalam kejohanan Indonesia Masters 2021 tidak kesampaian.

Hal ini kerana, berdasarkan undian yang telah dijalankan, pasangan beregu negara, Pearly Tan dan M. Thinaah terpaksa berhadapan dengan pasangan beregu bebas (independent) Malaysia, Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien seawal peringkat Pusingan 1.

Tangkap layar hasil undian perlawanan Pusingan 1

Bercakap mengenai peluang untuk mara ke pusingan seterusnya, beregu Pearly-Thinaah yang menghuni tangga ke-18 dunia dilihat lebih cerah memandangkan mereka diletakkan sebagai pilihan ke-8 untuk memenangi kejohanan bertaraf Super 750 ini bagi kategori beregu wanita.

Sementara itu, lawan mereka iaitu pasangan Vivian Hoo-Chiew Sien yang mula bergandingan sejak Oktober lalu berada di tangga ke-129 dunia.

Ranking BWF: Vivian Hoo-Chiew Sien Raih Peningkatan 60 Anak Tangga

Untuk pengetahuan semua, kedua-dua pasangan beregu ini belum pernah merekodkan sebarang pertemuan sehingga ke saat ini.

Satu lagi pasangan beregu wanita negara, Lee Meng Yean dan Yap Cheng Wen pula bakal berhadapan dengan beregu Jerman, Linda Efler dan Isabel Lohau pada Pusingan 1.

Sebagai tambahan, kejohanan Indonesia Masters yang dilangsungkan di Bali, Indonesia ini akan bermula pada hari esok.

Featured Image: Badminton Photo

(Visited 11,041 times, 1 visits today)
Close