Written by 6:45 pm Bola Sepak, Malaysia

Pemain Muda Kedah Fadzrul Danel Dipuji Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora?

Persembahan yang ditunjukkan oleh pemain Kedah Darul Aman (Kedah), Fadzrul Danel yang berusia 23 tahun pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia mendapat pujian daripada ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora.

Selain daripada Fadzrul, seorang lagi yang diberikan pujian oleh jurulatih kelahiran Mexico itu ialah pemain tengah bertahan, Asnan Ahmad.

Kedua-dua pemain ini mendapat pujian Mora kerana berjaya mengekang asakan pasukannya daripada mencetak sebarang gol sekaligus menyaksikan perlawanan antara Kedah dan JDT di Stadium Darul Aman berakhir dengan seri tanpa jaringan, semalam.

Asnan Ahmad

“Pemain berjersi nombor 20 (Fadzrul) dan 4 (Asnan) sangat-sangat cemerlang, mempunyai semangat juang yang tinggi, ada personaliti yang bagus, dan mereka tahu apa yang perlu dibuat walaupun tanpa pemain dari Singapura (M. Anumanthan).

“Dan Baddrol Bakhtiar semestinya pemain berpengalaman yang tahu macam mana untuk bermain dengan masa yang ada, jadi saya rasa ia satu perlawanan yang cukup sengit.

“Saya rindu untuk tengok aksi seperti ini tanpa kita tahu apa yang akan berlaku dan selepas 17 kemenangan kita raih, saya rindukan situasi dalam padang macam ini, ianya bagus untuk pasukan dan untuk pemain juga.

“Kedah memang memberikan tentangan yang cukup kuat dan bagus untuk kita terus melawan, jadi sekarang saya rasa bonus untuk kita pula apabila beraksi di laman sendiri, dan kita akan beraksi dengan bersungguh-sungguh untuk memenangi perlawanan itu nanti”, jelasnya.

Kedua-dua pasukan akan berentap sekali lagi pada perlawanan timbal balik suku akhir Piala Malaysia khamis nanti. Namun, ianya akan dilangsungkan di gelanggang keramat skuad Harimau Selatan, Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri.

Featured Image: Kedah Darul Aman FC

(Visited 116 times, 1 visits today)
Close