Written by 2:52 pm Badminton, Malaysia

Ranking BWF: Beregu Lelaki, Aaron-Wooi Yik Duduki Tangga Ke-7 Dunia

Kedudukan pasangan utama beregu badminton lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik meningkat satu anak tangga selepas kemaskini terbaru ranking dunia oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pada hari ini.

Berdasarkan kemaskini tersebut, selepas menghuni tangga ke-8 dunia sejak awal Ogos lalu, pemenang pingat gangsa pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 kini menduduki tangga ke-7 dunia.

Untuk makluman semua, kedudukan ke-7 dunia ini merupakan ranking terbaik yang pernah dicapai oleh Aaron-Wooi Yik dalam karier profesional mereka.

Jelajah Dunia Akhir BWF: Aaron-Wooi Yik Perlukan 2 Kali ‘Quarter-Finalist’ di Indonesia Untuk Layak

Aaron Chia & Soh Wooi Yik

Peningkatan tersebut terjadi selepas ranking pasangan beregu China, Li Jun Hui dan Liu Yu Chen yang menghuni tangga ke-4 dunia sebelum ini, dihilangkan oleh BWF.

Sementara itu, kemaskini pada hari ini turut menyaksikan pasangan beregu lelaki negara yang lain turut mencatatkan peningkatan satu anak tangga masing-masing.

Antaranya Goh V Shem-Tan Wee Kiong (ranking ke-13), Ong Yew Sin-Teo Ee Yi (ranking ke-14) dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin (ranking ke-19).

Kedudukan 10 teratas ranking BWF beregu lelaki

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

(Visited 10,419 times, 1 visits today)
Close