Artikel

Skuad Wanita Negara Raih Perak di Kejohanan Boling Dunia 2021

Pasukan boling wanita negara berhasil muncul naib juara bagi ketegori berpasukan wanita dalam kejohanan boling dunia, IBF Super World Championships 2021 yang berlangsung di Dubai.

Skuad wanita negara yang terdiri daripada Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Natasha Mohamed Roslan, Nur Syazwani Sahar dan Faten Najihah Ahmad Faik meraih pingat perak selepas tumpas kepada Amerika Syarikat pada perlawanan akhir yang berlangsung awal pagi tadi waktu Malaysia.

Pasukan wanita Amerika Syarikat muncul juara selepas memenangi pusingan penentuan dengan skor 40-38. Sebelum itu, Malaysia berhasil memenangi pusingan pertama dengan skor 190-170 namun Amerika Syarikat bangkit memenangi pusingan kedua dengan skor 215-171.

Untuk makluman semua, skuad wanita negara mara ke pentas final selepas menumpaskan Filipina dan Jerman di peringkat separuh akhir dan suku akhir masing-masing.

Sementara itu, skuad berpasukan lelaki negara yang dibarisi oleh Muhammad Rafiq Ismail, Syafiq Ridhwan Abdul Malek, Tun Ameerul Luqman Al-Hakim Tun Hasnul Azam dan Muhammad Syazirol Shamsudin pula meraih pingat gangsa.

komen