Written by 12:48 pm Bola Sepak, Malaysia

Piala AFF 2020: De Paula, Darren Lok Antara 28 Pemain Dipanggil Sertai Kem Latihan Pusat

Seorang penyerang naturalisasi, Guilherme De Paula serta seorang penyerang berdarah kacukan, Darren Lok tersenarai untuk menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan menjelang saingan Piala AFF Suzuki 2020.

Menerusi satu siaran media yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada hari ini, ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menyenaraikan 28 pemain secara keseluruhan untuk menyertai kem latihan pusat bermula Isnin, 22 November nanti.

Baca: Penyerang Kacukan Darren Lok Kembali Bersemangat Ledak Gol Selepas Rehat Panjang

Selain dua penyerang yang dinyatakan di atas, tiga orang penyerang tempatan iaitu Syafiq Ahmad, Shahrel Fikri dan Luqman Hakim turut disenaraikan oleh Cheng Hoe.

Tidak ketinggalan, beberapa pemain yang beraksi bersama kelab yang berpangkalan di luar negara juga disenaraikan seperti Junior Elsdtal, Dominic Tan dan Dion Cools.

Baca: Mengapa Guilherme De Paula Tak ‘Jogging’ Ketika Bermain Bersama JDT? Ini Jawapan TMJ

Berikut adalah senarai penuh 28 pemain yang dipanggil serta 3 pemain yang diletakkan dalam Senarai Bersedia:

Untuk makluman semua, kem latihan pusat yang bermula pada Isnin nanti ini akan disertai terlebih dahulu oleh pemain-pemain yang pasukannya telah tersingkir daripada kejohanan Piala Malaysia di peringkat kumpulan dan suku akhir.

Seterusnya, ia disusuli dengan pemain-pemain yang pasukannya tersingkir di peringkat separuh akhir di mana para pemain ini perlu melaporkan diri di kem skuad kebangsaan pada Ahad, 28 November.

Akhir sekali, pemain-pemain yang pasukannya menyertai perlawanan akhir Piala Malaysia pula perlu melaporkan diri pada hari Rabu, 1 Disember kelak.

Sementara itu, pemain-pemain yang berpangkalan di luar negara, mereka akan melaporkan diri mengikut tarikh pelepasan yang diberikan oleh kelab masing-masing.

Sebagai tambahan, Cheng Hoe hanya akan membawa 24 pemain sahaja untuk diterbangkan ke Singapura pada 3 Disember bagi beraksi dalam kejohanan Piala AFF 2020.

Featured Image: PJ City FC & JOHOR Southern Tigers

(Visited 1,007 times, 1 visits today)
Close