Written by 8:46 pm Badminton, Malaysia

Indonesia Masters: Aaron-Wooi Yik Bakal Menentang Pemenang Olimpik 2020 di Suku Akhir

Pasangan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik bakal turun menentang pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Lee Yang dan Wang Chi Lin di peringkat suku akhir Indonesia Masters pada hari esok.

Aaron-Wooi Yik menempah tiket ke peringkat suku akhir setelah berjaya menundukkan pasangan beregu Indonesia, Panjer Dadiara dan Bryan Elohim secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-12 dan 21-8.

Sementara itu, Lee Yang-Chi Lin pula mara ke peringkat yang sama setelah menumpaskan beregu senegaranya, Lu Ching Yao dan Yang Po Han dengan skor 21-13 dan 21-16.

Berdasarkan rekod pertemuan, Aaron-Wooi Yik yang merupakan pemenang pingat gangsa Olimpik 2020 belum pernah mencatatkan kemenangan ke atas pasangan Chinese Taipei dalam tiga pertemuan mereka setakat ini.

Untuk makluman semua, kedua-dua pasangan ini bertemu dalam kejohanan Gwangju Korea Masters 2019, BWF World Tour Finals 2019 dan Thailand Open 2021.

Featured Image: Badminton Photo & Olympics

(Visited 7,724 times, 1 visits today)
Close