Written by 4:56 pm Badminton, Malaysia

Indonesia Masters: Pearly-Thinaah Berjumpa Pasangan Jepun Di Suku Akhir

Beregu wanita negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan berjaya meloloskan diri dengan bergaya ke peringkat suku akhir kejohanan Indonesia Masters 2021.

Kejayaan tersebut dicapai selepas menumpaskan beregu Indonesia, Fitriani dan Yulia Susanto secara ‘straight set’ dengan skor 21-8 dan 21-14 di peringkat Pusingan 2.

Bagaimanapun, cabaran sebenar bakal dihadapi buat pasangan wanita negara yang menghuni tangga ke-18 dunia di peringkat suku akhir di mana mereka akan berhadapan dengan beregu Jepun, Nami Matsuyama dan Chiharu Shida pada hari esok.

Untuk makluman semua, Matsuyama-Shida merupakan pilihan keempat untuk menjuarai kejohanan ini bagi kategori ini berbanding Pearly-Thinaah yang diletakkan sebagai pilihan kelapan. 

Berdasarkan rekod pertemuan pula, kedua-dua pasangan ini telah bertemu sebanyak tiga kali iaitu dalam kejohanan Badminton Asia Team Championships 2020, Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England 2021 dan Piala Sudirman 2021.

Bagaimanapun, Pearly-Thinaah tumpas dalam ketiga-tiga pertemuan tersebut di tangan Matsuyama-Shida.

Featured Image: Badminton Photo

(Visited 8,217 times, 1 visits today)
Close