Written by 2:10 pm Bola Sepak, Eropah, Malaysia

Penjaga Gol Muda Selangor Jalani ‘Trial’ Bersama Kelab Sepanyol Bermula 20 November

Penjaga gol muda yang beraksi bersama pasukan simpanan, Selangor 2 iaitu Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman akan terbang ke Sepanyol untuk menjalani latihan percubaan dengan salah sebuah kelab di sana.

Berdasarkan perkongsian oleh pelbagai platform media sosial, Pelan Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP), graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) ini akan mula menjalani latihan percubaan bermula 20 hingga 27 November bersama CF Fuenlabrada.

Untuk makluman semua, CF Fuenlabrada merupakan sebuah pasukan yang berpangkalan di dalam wilayah ibu negara Sepanyol iaitu Madrid. Ketika ini, pasukan yang mendapat julukan Fuenla ini beraksi dalam divisyen kedua bola sepak negara itu, Segunda Division.

Bercakap mengenai prestasi Sikh Izhan, musim ini menyaksikan pemain ini berhasil melakukan debut bersama pasukan utama Selangor ketika menentang Kedah Darul Aman dalam saingan Liga Super.

Selain itu, Sikh Izhan juga merupakan sebahagian daripada skuad kebangsaan bawah 22 tahun (B-22) yang berjaya mengharungi kelayakan Piala Asia B-23 di Mongolia bulan lalu.

Featured Image: Selangor FC

(Visited 1,123 times, 1 visits today)
Close