Written by 6:16 pm Badminton, Malaysia

Indonesia Masters: Aaron-Wooi Yik Ke Separuh Akhir, Singkirkan Pemenang Olimpik Dengan Mudah

Pasangan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir kejohanan Indonesia Masters 2021.

Kemaraan itu hasil daripada menumpaskan pasangan beregu lelaki Chinese Taipei yang merupakan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Lee Yang dan Wang Chi-Lin.

Aaron-Wooi Yik yang merupakan pemenang pingat gangsa pada temasya sukan yang sama meraih kemenangan dengan mudah ke atas Lee Yang-Chi Lin secara ‘straight set’ dengan skor 21-13 dan 21-15.

Lebih manis, ini merupakan kemenangan sulung Aaron-Wooi Yik ke atas pasangan yang menduduki ranking ke-3 dunia itu. Untuk makluman semua, tiga pertemuan terdahulu antara kedua-dua pasangan ini berpihak 100% kepada Lee Yang-Chi Lin.

Sementara itu, menanti Aaron-Wooi Yik di peringkat separuh akhir adalah pasangan beregu lelaki Jepun yang menghuni ranking ke-10 dunia, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi.

Berdasarkan rekod, kedua-dua pasangan ini pernah bertemu sebanyak lima kali namun pertembungan lalu menyaksikan kemenangan memihak kepada pasangan Jepun sebanyak tiga kali berbanding pasangan Malaysia, dua kali.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

(Visited 3,860 times, 1 visits today)
Close