Written by 5:40 pm Badminton, Malaysia

Indonesia Masters: Beregu No.1 Dunia ‘The Minions’ Menanti Yew Sin-Ee Yi di Separuh Akhir

Pasangan beregu lelaki bebas (independent) Malaysia, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi berjaya menempah tiket ke peringkat separuh akhir kejohanan Indonesia Masters selepas menundukkan pasangan senegara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin, sebentar tadi.

Perlawanan yang berlangsung dengan sengit itu menyaksikan Yew Sin-Ee Yi yang menghuni ranking ke-14 dunia meraih kemenangan je atas Sze Fei-Izzuddin dengan pungutan mata 21-13, 18-21 dan 21-18 dalam tempoh hampir sejam.

Menanti Yew Sin-Ee Yi di peringkat separuh akhir adalah pasangan beregu lelaki nombor satu dunia, Kevin Sanjaya Sukamuljo dan Marcus Fernaldi Gideon yang juga berjaya menumpaskan pasangan senegara mereka di peringkat suku akhir.

Pasangan nombor satu dunia yang terkenal dengan panggilan The Minions mudah menundukkan lawannya, Pramudya Kusumawardana dan Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan secara ‘straight set’ dengan skor 22-20 dan 21-17.

Bercakap mengenai cabaran di peringkat separuh akhir, Yew Sin-Ee Yi pernah turun menentang pasangan Kevin-Marcus sebanyak lima kali namun tumpas dalam kesemua perlawanan tersebut termasuk pertemuan terakhir di Terbuka Perancis, bulan lalu.

Adakah Yew Sin-Ee Yi akan mencatatkan kejutan dengan meraih kemenangan pertama ke atas pasangan beregu nombor satu dunia ini pada hari esok? Sama-sama kita nantikan.

Featured Image: Badminton Photo & Olympics

(Visited 16,250 times, 1 visits today)
Close