Written by 7:19 pm Badminton, Malaysia

Indonesia Masters: Kemaraan Pearly-Thinaah Disekat Pasangan Beregu No.9 Dunia

Perjalanan pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan dalam saingan Indonesia Masters tersekat di peringkat suku apabila tumpas kepada beregu yang menghuni ranking ke-9 dunia.

Aksi yang berlangsung petang tadi menyaksikan Pearly-Thinaah tewas secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-14 dan 21-15 kepada beregu Jepun, Nami Matsuyama dan Chiharu Shida dalam masa 40 minit.

Ini menjadikan Pearly-Thinaah tumpas buat kali keempat di tangan Matsuyama-Shida sejak pertemuan pertama kedua-dua pasangan ini direkodkan pada tahun 2020.

Walaupun terpaksa akur tumpas dan gagal ke separuh akhir, Pearly-Thinaah boleh berpuas hati dengan 6,050 mata yang diraih hasil daripada kemaraan sehingga ke pentas suku akhir kejohanan ini.

Dijangkakan pungutan 6,050 mata ini dapat meningkatkan kedudukan ranking dunia buat Pearly-Thinaah dalam kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang berikutnya.

Untuk rekod, pasangan Pearly-Thinaah sedang menghuni ranking ke-18 dunia pada masa ini.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

(Visited 1,248 times, 1 visits today)
Close