Written by 3:28 pm Badminton, Malaysia

Indonesia Masters: Pasangan Thailand Singkirkan Pang Ron-Yee See di Suku Akhir

Hasrat peminat Malaysia untuk melihat pasangan beregu campuran negara, Hoo Pang Ron dan Cheah Yee See melangkah ke peringkat separuh akhir Indonesia Masters nampaknya tidak menjadi kenyataan.

Pang Ron-Yee See terpaksa akur tumpas kepada pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Taerattanachai yang merupakan pilihan pertama untuk menjuarai kategori ini.

Beregu negara yang menghuni ranking ke-25 dunia tumpas ‘straight set’ dengan skor 21-17 dan 21-9 dalam masa 34 minit di tangan Puavaranukroh-Sapsiree yang menduduki tangga ke-2 dunia.

Kekalahan ini menjadikan Pang Ron-Yee See tewas sebanyak tiga kali menentang pasangan beregu campuran dari negara jiran tetangga ini.

Sementara itu, kemaraan Pang Ron-Yee See ke peringkat suku akhir Indonesia Masters membolehkan mereka meraih 6,050 mata daripada kejohanan ini. 

Mata yang diraih ini dijangka dapat membantu mereka memperbaiki kedudukan dalam ranking dunia pada kemasikini yang berikutnya.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

(Visited 276 times, 1 visits today)
Close