Written by 11:37 am Lain-Lain

Proton Taja X70 Untuk Kegunaan Ketua Jurulatih Ragbi 15’s Malaysia

Ketua jurulatih ragbi 15 sebelah (15’s) Malaysia, Rodney So’oialo diberikan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) untuk kegunaannya sepanjang berada di dalam negara ini.

Rodney yang berusia 41 tahun dan bekas pemain skuad kebangsaan New Zealand atau terkenal dengan julukan All Blacks diberikan SUV jenis Proton X70 hasil tajaan syarikat automotif negara, Proton kepada Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM).

Baca: Kenali Ketua Jurulatih Malaysia 15’s Baharu, Rodney So’oialo – Bekas Pemain All Blacks

“Sejarah baru tercipta hari ini diantara Kesatuan Ragbi Malaysia dan Proton, yang berbesar hati untuk menaja kenderaan jurulatih Bunga Raya 15’s yang baru, Rodney So’oialo bagi memudahkan pergerakan beliau sepanjang bertugas di Malaysia.” tulis kenyataan oleh KRM, semalam.

Untuk makluman semua, Rodney diumumkan sebagai ketua jurulatih skuad Bunga Raya yang baharu pada penghujung September lalu menggantikan rakan senegaranya, Brad Mika.

Cabaran terdekat yang harus dipikul oleh Rodney adalah membimbing skuad ragbi 15’s negara untuk mengharungi Kejohanan Ragbi Asia yang akan berlangsung pada Januari 2022 kelak.

Featured Image: Kesatuan Ragbi Malaysia

(Visited 56 times, 1 visits today)
Close