Written by 3:42 pm Badminton, Malaysia

Indonesia Masters: Aaron Chia-Wooi Yik Terlepas Peluang Mara ke Pentas Final

Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik terlepas peluang untuk mara ke pentas akhir Indonesia Masters selepas tumpas di peringkat separuh akhir, hari ini. 

Beregu yang menduduki tangga ke-7 dunia ini tumpas kepada beregu Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi dalam tiga set permainan yang sengit dengan skor 18-21, 21-19 dan 17-21.

Perlawanan antara kedua-dua pasangan ini berlangsung dalam tempoh 63 minit.

Untuk pengetahuan semua, kekalahan ini menjadikan Aaron-Wooi Yik telah tumpas sebanyak empat kali kepada beregu yang menghuni ranking ke-10 dunia ini daripada kesemua enam pertemuan secara keseluruhan.

Bagaimanapun, Aaron-Wooi Yik masih boleh tersenyum kerana meraih 7,700 mata hasil kemaraan ke peringkat separuh akhir kejohanan ini. Pungutan mata ini dijangka akan membantu beregu ini untuk memperbaiki ranking dunia dalam kemaskini yang berikutnya.

Ianya juga dijangka akan menyumbang kepada peningkatan kepada kedudukan ranking Jelajah Dunia BWF (BWF World Tour). Ini untuk memastikan mereka dapat menempatkan diri dalam kalangan lapan beregu terbaik sekaligus melayakkan mereka beraksi di kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF pada awal Disember kelak.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

(Visited 844 times, 1 visits today)
Close