Written by 5:31 pm Badminton, Malaysia

Indonesia Masters: Yew Sin-Ee Yi Turut Terkandas Di Peringkat Separuh Akhir

Tiada pemain Malaysia di pentas akhir kejohanan Indonesia Masters selepas beregu lelaki bebas (independent), Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi turut terkandas di peringkat separuh akhir, hari ini,

Walaupun Yew Sin-Ee Yi yang turun menentang beregu nombor 1 dunia, Marcus Fernaldi Gideon dan Kevin Sanjaya Sukamuljo bermula dengan langkah kanan menenangi set pertama namun mereka terpaksa akur tumpas dua set berikutnya. 

Yew Sin-Ee Yi yang menghuni ranking ke-14 dunia terpaksa menerima kekalahan dengan keputusan 21-18, 17-21 dan 11-21 yang berlangsung dalam tempoh 58 minit.

Indonesia Masters: Aaron Chia-Wooi Yik Terlepas Peluang Mara ke Pentas Final

Untuk makluman semua, kekalahan pada hari ini menjadikan rekod pertemuan Yew Sin-Ee Yi bertemu Marcus-Kevin kepada enam kali kekalahan berturut-turut.

Walaupun tidak dapat mara ke pentas akhir, Yew Sin-Ee Yi masih boleh tersenyum dengan pungutan sebanyak 7,700 mata hasil daripada kemaraan ke peringkat separuh akhir dalam kejohanan ini.

Kutipan mata ini dijangka akan memberikan peningkatan kepada kedudukan ranking dunia beregu ini pada kemaskini seterusnya oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

(Visited 3,976 times, 1 visits today)
Close