Written by 5:55 pm Bola Sepak, Malaysia

Selamat Tinggal Karsten, Selangor Lantik Michael Sebagai Ketua Jurulatih Baharu

Hanya satu musim sahaja khidmat jurulatih kelahiran Jerman, Karsten Neitzel digunakan oleh pasukan berpangkalan di Lembah Klang iaitu Selangor FC selaku ketua jurulatih mereka.

Menerusi satu makluman terkini, Selangor atau dikenali sebagai Red Giants mengumumkan melantik Pengarah Sukannya, Michael Feichtenbeiner sebagai ketua jurulatih skuad utama yang baharu untuk mengharungi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Difahamkan, Michael dipilih kerana pihak pengurusan telah melihat kemampuan yang ditunjukkannya ketika menjawat jawatan selaku ketua jurulatih sementara (interim) pada penghujung musim 2020.

Michael memperkenalkan pasukan yang terdiri daripada adunan pemain muda dan pemain senior, bermain dengan ‘high pressing’ dan transisi yang pantas. Ini selari dengan visi kelab yang mahu membina pasukan yang kuat di masa hadapan.

Untuk makluman semua, selain daripada Pengarah Sukan, Michael juga telah berperanan sebagai ketua jurulatih pasukan simpanan, Selangor 2 sejak tahun 2020.

Featured Image: FA Selangor

(Visited 1,939 times, 1 visits today)
Close